Selasa, 18 Ogos 2009

SEJENAK


Lama aku tak menulis kerana sibuk dengan tugas. Aku tak ambil pusing dengan gelagat ahli polotik yang hanya memikirkan cara mana untuk mengekalkan kuasa yang ada di tangan. Mereka yang memikirkan kepentingan diri. Bukan semua tetapi hampir semua sedikit sebanyak berusaha menjaga periuk nasi masing-masing.
Bila bercakap tentang ketelusan, mereka hanya mahu orang lain yang telus dan ikhlas pada diri mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Aku hadir dalam mesyuarat yang dihadiri oleh orang PAS, cara mereka berfikir dan saiko orang banyak menggunakan ayat Al Quran dan Hadis. Pada aku, aku tak kesah asalkan apa yang aku katakan benar dengan niat yang jelas aku terus ucapkan. Siapa yang tak setuju jawaplah secara berhemah.
Aku tidak segan untuk turut serta dalam majlis yang dihadiri oleh orang-orang sebelah sana, kerana pada pendapat aku, sekiranya kita hadir siapa lagi yang dapat menyatakan pandangan kita. Kita kena berani dan tahu apa yang ingin kita cakapkan. Jangan hanya tahu merungut dan menyatakan ketidakpuasaan hati di kedai kopi. Nyatakan rasa hati anda ditempat dan forum yang sesuai supaya ianya dapat menghasilkan sepertimana yang diharapkan.
Ramadhan menjelang tiba, aku berdoa kedatangan ramadhan tahun ini aku dan keluarga diberikan kesihatan yang baik, diberi kemudahan moga-moga dapat merebut peluang yang diberikan Allah setahun sekali. Tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambut ramadhan tanpa ayah dan ibu.
MUDAH-MUDAHAN KITA MENDAPT PETUNJUK DAN HIDAYAH DARINYA YANG MAHA KUASA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan