Rabu, 17 Jun 2009

TEKUN

Tekun diwujudkan bagi membantu usahawan-usahawan mendapatkan bantuan modal bagi menjalankan perniagaan yang berpotensi maju. Pada peringkat awal saya mendapati terdapat kalangan rakan-rakan yang berjaya mendapat bantuan ini menggunakannya untuk kegunaan lain dan bukannya untuk perniagaan asal. Pada hari ini saya telah cuba memohon bantuan kewangan dari tabung TEKUN untuk projek ternakan ikan ketutu.
Belumpun melihat kertas kerja, saya telah dimaklumkan oleh pegawai bertugas bahawa TEKUN tidak menyokong projek sebegini kerana ianya memakan masa yang lama. Saya amat terkejut kerana pada anggapan saya tujuan utama tabung ini adalah untuk membantu usahawan mendapatkan modal untuk projek yang berpotensi. Sekiranya tumpuan hanya diberikan kepada pembukaan gerai dan bengkel iaitu perniagaan biasa maka para usahawan yang ingin memasuki bidang-bidang baru akan terbantut. Jalan mudah buat apa yang dah dilakukan oleh orang sebelumnya. Maka pasaran akan tepu dengan perniagaan yang sama. Bangsa lain berani menceburkan diri dalam bidang-bidang baru. Keadaan ini akan mengakibatkan persaingan yang sangat sengit sesama sendiri.
Bagi mereka yangberani meneroka perniagaan baru sekiranya berjaya maka mereka ini akan terus ke hadapan kerana persaingan yang tidak banyak. Oleh itu saya berharap pehak TEKUN dapat berusaha mengenalpasti usahawan tulin yang betul-betul ingin menceburi bidang ini secara sepenuhmasa bagi mengelakkan orang-orang yang mengambil kesempatan yang menutup peluang usahawan tulin yang seharusnya dibantu.
Pegawai TEKUN juga harus peka dengan segala arahan terkini pehak atasan agar nasihat yang diberikan kepada bakal peminjam adalah maklumat terkini. Saya yakin diketika ini semua pejabat dilengkapi dengan kemudahan internet, jadi tidak ada alasan maklumat terkini tidak sampai kepehak bawahan melainkan kemudahan ini digunakan untuk perkara lain yang bukan tugas hakikinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan