Selasa, 3 November 2009
Selasa, 18 Ogos 2009
SEJENAK
Lama aku tak menulis kerana sibuk dengan tugas. Aku tak ambil pusing dengan gelagat ahli polotik yang hanya memikirkan cara mana untuk mengekalkan kuasa yang ada di tangan. Mereka yang memikirkan kepentingan diri. Bukan semua tetapi hampir semua sedikit sebanyak berusaha menjaga periuk nasi masing-masing.
Bila bercakap tentang ketelusan, mereka hanya mahu orang lain yang telus dan ikhlas pada diri mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Aku hadir dalam mesyuarat yang dihadiri oleh orang PAS, cara mereka berfikir dan saiko orang banyak menggunakan ayat Al Quran dan Hadis. Pada aku, aku tak kesah asalkan apa yang aku katakan benar dengan niat yang jelas aku terus ucapkan. Siapa yang tak setuju jawaplah secara berhemah.
Aku tidak segan untuk turut serta dalam majlis yang dihadiri oleh orang-orang sebelah sana, kerana pada pendapat aku, sekiranya kita hadir siapa lagi yang dapat menyatakan pandangan kita. Kita kena berani dan tahu apa yang ingin kita cakapkan. Jangan hanya tahu merungut dan menyatakan ketidakpuasaan hati di kedai kopi. Nyatakan rasa hati anda ditempat dan forum yang sesuai supaya ianya dapat menghasilkan sepertimana yang diharapkan.
Ramadhan menjelang tiba, aku berdoa kedatangan ramadhan tahun ini aku dan keluarga diberikan kesihatan yang baik, diberi kemudahan moga-moga dapat merebut peluang yang diberikan Allah setahun sekali. Tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambut ramadhan tanpa ayah dan ibu.
MUDAH-MUDAHAN KITA MENDAPT PETUNJUK DAN HIDAYAH DARINYA YANG MAHA KUASA.

Rabu, 17 Jun 2009
TEKUN
Tekun diwujudkan bagi membantu usahawan-usahawan mendapatkan bantuan modal bagi menjalankan perniagaan yang berpotensi maju. Pada peringkat awal saya mendapati terdapat kalangan rakan-rakan yang berjaya mendapat bantuan ini menggunakannya untuk kegunaan lain dan bukannya untuk perniagaan asal. Pada hari ini saya telah cuba memohon bantuan kewangan dari tabung TEKUN untuk projek ternakan ikan ketutu.
Belumpun melihat kertas kerja, saya telah dimaklumkan oleh pegawai bertugas bahawa TEKUN tidak menyokong projek sebegini kerana ianya memakan masa yang lama. Saya amat terkejut kerana pada anggapan saya tujuan utama tabung ini adalah untuk membantu usahawan mendapatkan modal untuk projek yang berpotensi. Sekiranya tumpuan hanya diberikan kepada pembukaan gerai dan bengkel iaitu perniagaan biasa maka para usahawan yang ingin memasuki bidang-bidang baru akan terbantut. Jalan mudah buat apa yang dah dilakukan oleh orang sebelumnya. Maka pasaran akan tepu dengan perniagaan yang sama. Bangsa lain berani menceburkan diri dalam bidang-bidang baru. Keadaan ini akan mengakibatkan persaingan yang sangat sengit sesama sendiri.
Bagi mereka yangberani meneroka perniagaan baru sekiranya berjaya maka mereka ini akan terus ke hadapan kerana persaingan yang tidak banyak. Oleh itu saya berharap pehak TEKUN dapat berusaha mengenalpasti usahawan tulin yang betul-betul ingin menceburi bidang ini secara sepenuhmasa bagi mengelakkan orang-orang yang mengambil kesempatan yang menutup peluang usahawan tulin yang seharusnya dibantu.
Pegawai TEKUN juga harus peka dengan segala arahan terkini pehak atasan agar nasihat yang diberikan kepada bakal peminjam adalah maklumat terkini. Saya yakin diketika ini semua pejabat dilengkapi dengan kemudahan internet, jadi tidak ada alasan maklumat terkini tidak sampai kepehak bawahan melainkan kemudahan ini digunakan untuk perkara lain yang bukan tugas hakikinya.

Ahad, 12 April 2009
Suatu Perjalan Perlu Permulaan
Assalamamualaikum,
Alhamdulillah, ini merupakan titik permulaan bagi diri saya untuk menyertai ruang maya bagi menyatakan hasrat yang terpendam di dalam fikiranku. Perjalanan ini masih jauh, sudah pasti banyak liku-liku dan denai-denai yang perlu dilalui.
Sudah pasti masalah-masalah dan cubaan yang datang tentu ada cara mengatasinya, hanya kita perlu mencari jalan yang terbaik bagi mengenal pasti permasalahan tersebut dan seterus merungkai cara mengatasinya mengikut kesesuaiannya.
Dalam kegawatan ekonomi yang melanda ini kita seharus memikirkan bagaimana untuk memantapkan ekonomi kita bagi menghadapi masa-masa mendatang yang belum pasti menjanjikan kegembiraan. Hanya yang kuat dan cerdik mencari peluang akan terus berdiri. Pengalaman mengajar kita agar terus tabah dan terus berusaha agar tidak tersungkur seperti masa lalu.
Moga-moga hari mendatang akan menambah kekuatan dan keazamanku untuk bangkit semula dari keruntuhan masa lalu.

Langgan:
Ulasan (Atom)