Sejak PRU 2008 Melayu telah ditekan dari berbagai arah. Pehak PR cuba menjatuhkan UMNO yg menjadi tonggak kerajaan BN. Jatuh UMNO mudahlah mereka merampas kuasa dibumi bertuah ini.
Kejatuhan 2008 adalah kelemahan pemimpin ketika itu yg banyak bergantuk kpd nasihat dari mereka yg sangat berkepentingan terutama kalangan ahli keluarga.
Apabila Pak Lah digantikan rakyat amat berharap pembaharuan dapat dibawa oleh Najib. Dah hampir 6 tahun prestasi Najib lebih terok dari Pk Lah. Cuma bezanya team Najib cekap bermain angka sehingga rakyat dipukau kejayaan demi kejayaan yg diwar-war negara ini perolehi.
Hakikatnya rakyat makin tertekan kos sara hidup kian meningkat. Melayu semakin jauh tertinggal dalam hambatan ekonomi.
Melayu generasi baru mula mencari dahan baru untuk berpaut diburukkan lagi dgn strategi berpadu pehak PR. UMNO masih meraba-raba mencari solusi yg tak kunjung tiba untuk menarik sokongan gen y.
Ada ketikanya untuk menyedapkan hati kempen "Feel Good" perlahan-lahan dimainkan.
Umno menjadi penyelamat pd BN semasa pru 13. Wakil cina dan india tidak memehak kpd kita tetapi Melayu masih percaya dgn perjuangan UMNO. PM dilantik kerana beliau dipilih sbg Presiden Umno yg dipilih oleh ahli parti UMNO.
1. PM dilihat tidak tegas dlm menjaga kepentingan MELAYU sprti mana yg mana asas perjuangan UMNO.
2. Isu penghapusan ISA dan cubaan menghapuskan Akta Hasutan 1948 PM lbh banyak menerima pandangan konsultan2 berbanding suara parti UMNO.
3.Pimpinan tidak tegas sehinggakan jentera kerajaan ditembusi oleh agen pembangkang. Ketua2 jab dan glc tidak disaring sebaiknya sehingga mereka menjadi duri dlm daging kpd kerajaan. Kini kesetiaan jentera kerajaan semakin luntur sehingga prog kerajaan banyak di sabotaj oleh jab kerajaan sendiri.
4. Dasar Liberal yg cuba diterap oleh PM sedikit demi sedikit amat merugikan Islam dan Melayu.
5.Pendidikan : peluang biasiswa utk bumi makin berkurang kerana terlalu takut dgn tekanan cina dan india walhal mereka ini bukan memilih BN semasa pru. Yg memilih dan menyokong kuat BN adalah Melayu dan bumiputra.
6. Kerajaan menangani isu berbangkit tidak tuntas semuanya menjadi bola tanggung kpd PR isu GST, Allah, Islam dan Pendidikan serta banyak isu2 lain.
7.PM banyak bergantung pd konsultan2 yg dikenalpasti mempunyai kepentingan sendiri yg pasti bukan 100% utk Islam dan Melayu. Banyak dasar yg merugikan melayu.
8. PM seakan2 sudah hilang aura dan kita smikin luntur keyakinan kpd kepimpinan beliau. Menteri2 lantikan beliau juga nampak sprti syok sendiri dgn agenda masing..Nazri Aziz, KJ, Hassan Malik dan penasihat utama Idris Jala.
Ini adalah diantara isu2 yg sering dibincang oleh rakyat marhain yg kami rasa UMNO perlu bangkit kpd pimpinan tertinggi. Mungkin ada yg sensitive yg menyebabkan ianya tidak berani disampaikan kpd PM dan ianya hanya sampai setakat pendamping2 PM.
