Khamis, 8 September 2011

Semangat Raya

Hari ini masuk hari ke 11 di bulan Syawal. Sedih aku melihat bangsa ku sibuk berpolitik untuk menambahkan jurang pemisah. Masing-masing cuba menegakkan pendapat masing-masing tanpa mengira betul atau salah. Yang penting makin ramai yang mengikut mereka. Dalam masa yang sama bangsa lain berlumba-lumba menaikkan taraf penghidupan mereka tika kira bidang ekonomi ataupun pelajaran anak-anak mereka.

Kita sebuk dengan soal siapa sebenarnya pengkhianat negara. Padahal orang yang mempersoalkan ini masih kecil dan tidak mengerti lagi keadaan pada ketika itu. Sejarah berdasarkan fakta janganlah dek kerana hasad dengki maka kita cuba menukarkan fakta sejarah. Ramai yang telah terkorban untuk memastikan kemerdekaan dan keamanan Malaysia dapat dikekalkan.

Pengorbanan orang terdahulu tidak boleh diperkecilkan oleh generasi sekarang. Kita merasai keamanan dan kemakmuran ini adalah hasil titik peluh orang yang terdahulu. Dalam suasana dan semangat Raya ini marilah kita sama-sama merenung dan muhasabah diri demi kelangsungan kewujudan bangsa ini dibumi Malaysia ini.